Monday, October 24, 2011

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan

             Pada 17 Oktober 2011, SK Nanga Skrang telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar En Tada Jilum dan di saksikan oleh guru-guru, staf sekolah dan murid-murid. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti bacaan ikrar bulan bahasa kebangsaan, persembahan sajak oleh murid, nyanyian lagu bahasa jiwa bangsa dan banyak lagi.
            Berikut adalah serba sedikit suasana sepanjang majlis ini:

 Murid-murid berkumpul
 Ucapan PK 1 Pn Pilling
 Ucapan guru besar dan seterusnya merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan
 Perasmian pelancaran disaksikan oleh guru-guru
 pembacaan ikrar Bulan Bahasa oleh warga sekolah
Nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa

No comments:

Post a Comment