Tahun 2011 telah berlalu pergi dan Tahun 2012 kembali pula. Pada akhir 2011, seramai 3 orang guru telah meninggalkan SK Nanga Skrang ini. Mereka adalah Guru Besar En Tada anak Jilum, Guru Penolong Kanan 1 Pn Pilling dan Guru Akademik Biasa Pn Dayang Adlizawati.
En. Tada telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Guru Besar di sekolah ini setelah beliau telah berkhidmat setelah 56 tahun sebagai pendidik di bumi Sarawak ini. Pn. Pilling pula telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar pula di SK Gran Stumbing. Manakala Pn Dayang Adlizawati pula telah berpindah ke Kota Pahdawan mengikut suami beliau.
Pada Akhir Januari 2012 pula, warga sekolah kehilangan seorang lagi guru iaitu Guru Penolong Kanak Ko-Korikulum iaitu En George Bennet. Beliau telah berpindah ke Jabatan Pelajaran Negeri di Kuching dan juga seorang Staf Sokongan iaitu Pembantu Pra iaitu Pn Fatihan berpindah ke sekolah di Bintulu. Pada tahun ini pihak sekolah telah kehilangan 5 orang warga SKNS.
Yang hilang, tumbuh berganti....
Kehilangan mereka telah diganti dengan 4 ahli warga SK Nanga Skrang yang baru.....iaitu Guru Besar Francis Berayan, PK 1-Eu Ho Kwong yang melaporkan diri pada awal Januari. Diikuti dengan Pembantu Pra- Pn Minti pada akhir Januari dan yang terbaru PKKK- En Simon pada awal Jun 2012.
Di harap kehadiran ahli warga sekolah yang baru ini dapat meningkatkan lagi prestasi sekolah nie....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Selamat tinggal SKNS dan semua rakan dan teman sepejuangan selama saya berkhidmat di skns selama 9 tahun.....Saya tidaka akan lupa jasa baik semua dan kerjasama yang telah dicurahkan sepenuhnya untuk menyokong saya dalam semua tugas semasa kita bersama......Terima kasih yang tidak terhingga dan semoga Tuhan saja yang dapat membalasnya.....Amen..Pn Pilling....19.09.2012
seorang staf sokongan (Pn.Fatimah Berdi - Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah) juga telah bertukar ke SK Sungai Setiam, Kuala Tatau, Bintulu.....
Post a Comment