Friday, November 20, 2015

Majlis Perpisahan Cikgu Azimah

Majlis perpisahan serba sederhana namun menyentuh hati telah diadakan sempena perpindahan guru Prasekolah SKNS Cikgu Azimah binti Mohd. Azman pada 20 November 2015. Beliau telah melapor diri di SKNS pada Jun 2011. Beliau berpindah ke Negeri Sembilan kerana mengikut suami.

Baca: Selamat Datang Guru Pra Baru

Majlis ini telah dijayakan oleh semua guru dan staf sokongan SKNS. Perpindahan Cikgu Azimah diiringi doa dan ucapan terima kasih atas jasa beliau kepada SKNS selama ini. Semoga berjumpa lagi. Selamat maju jaya!



free glitter text and family website at FamilyLobby.com






No comments:

Post a Comment