Friday, November 20, 2009

Mini Sukan 2009

     Pada 17 November 2009, SK Nanga Skrang telah mengadakan aktiviti sukan tahun. Walaupun aktiviti ini diadakan agak lewat iaitu seminggu sebelum cuti akhir tahun tetapi ianya tetap meriah. Pelbagai aktiviti sukan diadakan seperti Isi Air Dalam Botol, Pancing Botol, Lari Tiup Belon, Lari Ikat Kaki dan banyak lagi.
    Sebelum bersukan kita nyanyikan dulu lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.
Senaman dan tarian poco-poco dimulakan

        Aktiviti ini dimulakan dengan  senaman panaskan badan dan tarian poco-poco. Selain itu, aktiviti ini juga ada terselit sukan terbuka kepada ibu bapa iaitu pertandingan sepak takraw.
Bagi memeriahkan Mini Sukan ini, Acaran Sepak Takraw terbuka turut diadakan.
 
Antara gambar-gambar yang dapat di ambil.....

 
 
 
Aktiviti sukan yang dijalankan dan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang
  
Pengadil sedang berehat semasa waktu rehat permainan

Wednesday, November 04, 2009

Kem Membaca Satu Malaysia





    KEM MEMBACA

            Bermula pada 26hb. Oktober hingga 5hb. November 2009 telah berlasungnya program Kem Membaca Satu Malaysia. Sepanjang dua Minggu ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya Kem Kemahiran Membaca, Pertandingan Bercerita, Mendeklamasi Sajak, Membaca teks, Mewarna dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti ini  dapat melahirkan minat murid-murid untuk terus membaca dan mengetahui kaedah atau cara yang betul untuk menbaca melalui Kem Kemahiran Membaca.
Kem Kemahiran Membaca


Pertandingan Bercerita

Pertandingan Mendeklamasi Sajak Tahap Dua

Mendeklamasi Sajak Tahap Satu
Murid mendeklamasi sajak dengan penuh gaya

Sunday, November 01, 2009

Selamat Tinggal Cikgu Ellyn


      Tepat pada 30 Oktober 2009 yang lalu, merupakan hari terakhir Cikgu Ellyn Gie Ongke bertugas di SK Nanga Skrang. Beliau Merupakan Guru Kontrak yang terpaksa berhenti lebih awal daripada kontrak asal, apabila beliau mendapat pekerjaan tetap yang akan melapor diri pada 5 Noverber 2009. Beliau telah banyak membantu dan menjalankan tugas sebagai guru dengan baik dan jayanya. Kehilangan beliau amat dirasai oleh warga sekolah.... Bak kata salah seorang guru sekolah.... "Sedangkan tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat tersungkur..." Kami warga sekolah mengucapkan tahniah kepada cikgu kerana mendapat pekerjaan tetap dan selamat tinggal..... kami berharap Cikgu Ellyn sentiasa meingati kami di sini......

Kenangan Cikgu Ellyn bersama PK1 Cikgu Pilling semasa Majlis Perpisahan




Cikgu Ellyn bersalaman dengan murid sebelum berpisah


Bersalaman dengan guru-guruSK Nanga Skrang





Saturday, October 31, 2009

Bulan Bahasa 2009

          Bulan Oktober telah di pilih sebagai Bulan Bahasa. Jadi pelbagai program telah dijalankan sepanjang bulan ini. Antaranya pertandingan bercerita, 10 minit membaca sebelum PnP, mendeklamasi puisi dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan murid membaca, mendengar dan menghayati apa yang dibaca serta mandalami bahasa kita.
Murid mendengar rakan mereka bercerita

Saturday, October 31, 2009

Lawatan ke Kuching 2009

         Pada 9, 10 dan 11 Oktober 2009 yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan lawatan ke Kuching untuk murid Tahun 6 iaitu setelah selesai menjalani peperiksaan UPSR. Di sini, murid-murid mendapat menimbal pengalaman sepanjang lawatan ini. Antaranya dapat melawat ke Akademik Polis "PULAPOL", pergi ke muzium-muzium Kuching dan mengenal tempat-tempat menarik yang lain.


Semasa Lawatan ke muzium