Monday, October 24, 2011

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan

             Pada 17 Oktober 2011, SK Nanga Skrang telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 peringkat sekolah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar En Tada Jilum dan di saksikan oleh guru-guru, staf sekolah dan murid-murid. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti bacaan ikrar bulan bahasa kebangsaan, persembahan sajak oleh murid, nyanyian lagu bahasa jiwa bangsa dan banyak lagi.
            Berikut adalah serba sedikit suasana sepanjang majlis ini:

 Murid-murid berkumpul
 Ucapan PK 1 Pn Pilling
 Ucapan guru besar dan seterusnya merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan
 Perasmian pelancaran disaksikan oleh guru-guru
 pembacaan ikrar Bulan Bahasa oleh warga sekolah
Nyanyian lagu Bahasa Jiwa Bangsa

Thursday, October 20, 2011

Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah peringkat Sekolah 2011

            Pada 12 hingga 14 Oktober 2011, Badan Berunifom Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) telah berjaya mengadakan perkhemahan peringkat sekolah buat kali ke-2. Perkhemahan pada kali ini diadakan 3hari 2 malam. Tujuan perkhemahan ini diadakan bagi membentuk sahsiah murid, melahirkan semangat kerjasama dikalangan murid dan membentuk disiplin murid. Dalam perkhemahan ini terdapat pelbagai aktiviti telah diadakan. Perkhemahan ini melibatkan semua murid tahap 2.
             Berikut adalah suasana sepanjang perkhemahan tersebut:-
Antara barisan guru yang terlibat dalam perkhemahan kali ini.
Pendaftaran peserta dan pemberian taklimat daripada ketua komanden
 Memberian barangan amanah kepada semua peserta perkhemahan.
 pembelajaran ikatan tali
 Aktiviti memasangan khemah
 aktiviti mencari kayu api
 aktiviti memasak untuk makan petang
 aktiviti LDK sebelah malam
 aktiviti senaman pagi dan kawat kaki
 aktiviti masuk desa
 aktiviti membaca kompas
 aktiviti perang dengan peluru air
 persembahan peserta
 Majlis penutupan pekhemahan
 penyampaian pingat kepada peserta yang cemerlang

Thursday, October 13, 2011

Mesyuarat Sukan PIBG 2011

            Pada 07 Oktober 2011, Pihak sekolah telah mengadakan mesyuarat PIBG yang berkaitan tentang Sukan untuk ibubapa dan agenda-agenda yang berkaitan. mesyuarat kali ini lebih berfokuskan kepada Sukan PIBG yang akan diadakan pada awal bulan hadapan. Antara sukan yang dicadangkan adalah lumba perahu, larian, sepak takraw dan lain-lain.
           Berikut adalah sebahagian suasana semasa mesyuarat itu dijalankan:



Friday, September 30, 2011

Aktiviti Lepas Geram 2011

            Selepas peperiksaan UPSR baru-baru ini, Murid-murid tahun 6 dengan bantuan murid tahun 5 telah menjalankan aktiviti lepas geram. Aktiviti ini diuruskan oleh Cikgu Nazren, Cikgu Amir dan Cikgu Rahman. Aktiviti ini telah diadakan pada 29 September 2011. Aktiviti ini terbahagi kepada 2 kumpulan, dimana setiap kumpulan harus bersaing bagi merebut tempat pertama. Antara aktiviti yang dijalankan adaalah seperti isi air dalam botol, tarik upih, aktiviti kerjasaman dan banyak lagi.
            Berikut adalah serba sedikit suasaan sepanjang aktiviti lepas geram.
 Peserta yang menyertai aktiviti lepas geram
 aktiviti merentas halangan
 aktiviti isi air dalam botol
 aktiviti kerjasama
 aktiviti tarik upih
 berehat selepas aktiviti

Tuesday, September 20, 2011

Malam Ramah Mesra Aidilfitri 2011

            Pada 7 September 2011, Dengan kerjasama Guru Muslim SK Nanga Skrang telah berjaya mengadakan majlis ramah mesra Aidilfitri yang bertempat KPSU Sri Aman. Majlis ini bermula pada jam 7malam sehingga 9.30 malam. Majlis ini diadakan adalah bertujuan mengeratkan hubungan sesama warga sekolah dan beramah mesra.
            Berikut beberapa gambaran yang sempat diambil oleh gurugambar sekolah: