Saturday, September 25, 2010

UPSR 2010 bermula

 Gambar kenangan bersama pelajar UPSR dengan penjaga peperiksaan dan Guru besar, PK1

            Pada 21 September hingga 23 September 2010, murid tahun enam telah menduduki Ujian Penilaian sekolah Rendah (UPSR). Bagi mengelakkan gangguan dari murid lain, pihak sekolah menempatkan murid-murid lain di dewan makan. PnP dijalankan seperti biasa. Pihak sekolah berharap dan mendoakan agar semua murid yang menduduki peperiksaan UPSR ini lulus dengan cemerlang. Selamat Berjaya...

  Suasana sepanjang UPSR berjalan

Tuesday, August 31, 2010

Sambutan Di Ambang Merdeka 2010

            Semperna bulan kemerdekaan ke-53, pihak sekolah tidak melepaskan peluang ini untuk mengadakan Majlis Sambutan di Ambang Merdeka. Sebelum menyambut majlis ini, pada 27 Ogos 2010 telah mengadakan pertandingan mewarna dan melukis untuk murid-murid tahap 1 dan tahap 2. Selain itu, pihak sekolah juga menjalankan aktiviti mewarna "Jalur Gemilang" yang melibatkan guru dan murid tahap 2.
         
            Pada 30 Ogos 2010 pula, Sambutan di Ambang Merdeka telah diadakan. Walaupun majlis ini diadakan serba ringkas tetapi ia tetap meriah. Majlis sambutan ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Kemudian majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar, En. Tada anak Jilum dan di ikuti dengan ikrar Rukun Negara dan laungan merdeka sebanyak 7 kali. majlis ini diteruskan lagi persembahan murid, tayangan video "Semangat Merdeka", pertandingan Kuiz Merdeka yang melibatkan peserta murid tahap 2 dan diakhiri dengan nyanyian lagu "Jalur Gemilang", " Tangan 31 ogos" dan "Satu Malaysia".



           Berikut adalah serba sedikit detik-detik sepanjang aktiviti sambutan ini diadakan yang diambil oleh jurufoto kami:
 Guru dan murid sanggup berpanas untuk menyiapkan Jalur Gemilang
Pertandingan melukis dan mewarna untuk murid tahap 1 dan tahap 2
Bacaan ikrar Rukun Negara dan persembahan murid
Guru besar merasmikan Sambutan Hari Kemerdekaan
Laungan kemerdekaan oleh guru-guru dan staf sekolah
Pertandingan Kuiz Kemerdekaan
Persembahan nyanyian dari murid-murid tahan 2 sebagai penutup majlis

Thursday, August 19, 2010

Selamat Datang Guru Baru

             Pada 18 Ogos 2010, Sekali lagi warga sekolah mendapat seorang guru baru untuk tahun ini. Pihak sekolah berasa berbesar hati dengan kedatangan guru baru ini. Seperti biasa, jika pertambahan guru maka berubahlah suasana di sekolah terutamanya jadual waktu dan kedudukan meja dalam bilik guru.
             Guru baru tersebut bernama cikgu Amir Ikhsan. Beliau merupakan graduan dari IPGM Tawau dan berasal dari Sarawak.

Sunday, August 15, 2010

Gotong-royong Membina Jambatan Baru

            Bagi memudahkan keselesaan murid dan ibubapa datang kesekolah, pihak sekolah dengan kerjasama pihak PIBG telah mengadakan aktiviti gotong-royong membina jambatan baru dari jalan utama ke jambatan utama sekolah pada 13 Ogos 2010. Jarak jambatan baru ini dianggarkan sepanjang 100m. Selain pembinaan jambatan baru, pihak PIBG juga membina jambatan dari jabatan utama ke rumah guru dan tandas murid.
            Dengan aktiviti gotong-royong ini, jambatan tersebut dapat disiapkan dalam masa satu hari sahaja. Tahniah dan syabas serta terima kasih kepada penduduk kampung dan pihak PIBG yang berjaya menyiapkan jambatan tersebut dengan baik dan sempurna.
Berikut adalah sebahagian aktiviti yang dijalankan....
Aktiviti gotong royong membina jambatan yang dijalankan dengan kerjasama penduduk kampung
Guru yang memantau kerja-kerja pembinaan jambatan.
Akhirnya siap juga jambatan baru ini

Sunday, August 15, 2010

Bulan Kibarkan Jalur Gemilang

            Semperna Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-53, pihak sekolah telah menyahut suruhan kerajaan agar mengibarkan bendera kebangsaan iaitu Jalur Gemilang di premis masing-masing. Pada 5 Ogos 2010, satu aktiviti memasang bendera telah dijalankan. Berikut sedikit gambar yang sempat diambil oleh juru gambar kami:
Semua guru dan staf turut bekerjasama memasang bendera